Monday, September 10, 2012

episod 1.2

     "Assalamualaikum." Dengan tenang Neo memberi salam.
     "Wa'alaikumsalam." Kedengaran suara seorang wanita; dalam linkungan 30an menjawab salam Neo.
     "Ehh, Neo, nak jumpa Fatin ke?" Kelihatan kelibat mak cik saudara Fatin, cik Mah berdiri di muka pintu.
     "Ya mak cik, ada hal penting." Jawab Neo ringkas.
     Neo dan cik Mah sudah kenal antara satu sama lain. Neo mengenali cik Mah dari ketika Neo di tingkatan satu lagi. Anak cik Mah, iaitu Arif, tua setahun darinya adalah salah seorang sahabatnya. Dari Arif lah dia mengenali cik Mah. Dan dari Arif jugalah dia mengenali, dan jatuh cinta terhadap Fatin.
     "Kamu ni macam sedih je Neo. Ada masalah dengan Fatin kah?" Tanya cik Mah. cik Mah sudah tahu tentang hubungan cinta antara Neo dan Fatin. cik Mah suka melihat mereka berdua gembira.
     "Ehh, tak lah cik Mah. Cuma nak bincangkan sesuatu. Boleh panggilkan Fatin cik Mah?" Neo menafikan tentang masalahnya. Neo takut kalau-kalau cik Mah sedih mendengar masalahnya dan akan memarahi Fatin
     "Ye lah kamu tu. Mak cik bukan kenal kamu sehari dua Neo. Tak pe lah kalau kamu tak mahu kongsi. Kejap ye mak cik panggilkan Fatin." Kata cik Mah dan berlalu pergi untuk memanggil Fatin.
     "Kenapa kau tak cerita je benda sebenar?" Tanya Razif kepada Neo.
     "Malas lah. Lambat laun nanti dia tahu jugak." Jawab Neo sekadar membalas.

Monday, September 3, 2012

episod 1.1

Neo membuka langkah sambil diperhatikan oleh Razif. Perlahan dia mencapai kunci motornya.
     "Kau nak pergi mana ni bro?" Tanya Razif ketidak tahuan.
     "Aku nak jumpa dia. Aku nak tanya dia kalau betul ni keputusan dia. Aku nak tanya kenapa dia mesti buat macam ni." Jawab Neo dituruti dengan sendu.
     "Neo, aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi.."
     "Kalau kau nak follow, jom." Celah Neo.
     "Err, okay aku follow. At least kau tak buat kerja gila kan." Razif cuba melawak.
     Tetapi Neo hanya berdiam. Seakan tidak sedar yang sahabat karibnya bercakap dengannya. Seolah memikirkan sesuatu. Suatu kepastian, suatu soalan yang perlukan jawapan yang tepat. Didalam kepalanya hanya memikirkan kekasih hatinya, Fatin.
     Neo dan Razif bergegas ke rumah mak cik saudara Fatin.

Friday, January 27, 2012

episod 1.0 : Putih

 Neo nampak gelisah. Puas bemundar-mandir. Kejap dia duduk, kejap dia berdiri. Sesekali nampak deraian air mata jatuh di pipi.
     "Bro, kenapa ni? Apa yang kau fikirkan dari tadi? cuba kongsi dengan aku. Serabut otak aku fikirkan kau yang tengah macam ni." Tanya Razif sambil menepuk perlahan bahu Neo. 
      Perlahan-lahan Neo menarik udara segar, beberapa saat dia menghembus nafas. Telefon bimbit ditangan kuat digenggam. Rasa seperti hendak dihempas-hempas. Dia kembali duduk. Dia memicit butang talifonnya lalu dihulurkan kepada Razif.
     "Nah, kau baca ni. Lepas tu kau terangkan dekat aku. Patut ke?" Neo bersuara bernada sedih. Razif mengambil telefon yang dihulurkan. Dan membaca sesuatu.


"Neo, I tahu you sayangkan I. Serious I cakap, I rasa macam serba salah dengan you sekarang ni. Tapi rasanya I perlu bagitahu you jugak. I tak nak makin lama I pendam, nanti makin kecewa hati you. Terus terang I cakap, memang I sayangkan you. Tapi tak sekuat sayang you kepada I. I mean, I sayangkan you, tapi perasaan cinta tu yang tak wujud. Maaf Neo. I rasa kita tak patut teruskan hubungan ni. Lagi pun, I need to focus on my study. Please, maafkan I. Fahamkan perasaan I. Buat masa ni I nak belajar dulu. I tahu I yang salah dalam hal ni. Lepaskan I Neo?


Text from: my Fatin sayeng<3
[13:05:43]"

Terbeliak mata Razif membaca petikan mesej itu. Seperti tidak percaya, Fatin, kekasih yang Neo cintai selama ini membuat keputusan melulu seperti itu. Razif memandang wajah sahabatnya. Sayu, pilu, kasihan melihatkan nasib sahabatnya, Neo.
     "Habis tu kau reply apa? Macam mana boleh jadi macam ni? Aku ingat.." Tak sempat Razif menghabiskan tutur, Neo terus menyelit.
     "Kau ingat aku dengan dia boleh pergi jauh? Itu apa yang kau fikirkan kan? Dah lahh Razif, aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku ingat masa dia terima aku dulu, dia betul-betul cintakan aku." Neo bersuara sedih. Sesekali terdengar dia tersendu.
     "Sabar Neo. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Sabar." Razif cuba menenangkan hati sahabatnya itu.

Sunday, December 4, 2011

episod 0.9

Razif terus memandang tepat muka Neo; menunggu jawapan dari Neo.
     "Aku tak jumpa dia."
     "Habis macam mana kau tahu?" Razif mencelah.
     "Sabar lah bongok. Ni aku nak cerita lah. Tadi masa aku nak keluar rumah, aku jumpa satu bungkusan ni. Aku ingatkan natang apa lah. Rupanya hadiah. Dekat hadiah tu terselit satu kad. Aku pun bacalah kad tu."
     "Apa yang ditulis dekat kad tu?" Tanya Razif tidak kesabaran.
     "Sabar lah. Dalam kad tu ada nama dia, Fatin. Dia bagitahu aku yang dia duduk dekat rumah mak cik dia beberapa hari ni. Last sekali dia cakap dia rindu aku."
     "Kau tak rindu dia?"
     "Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu dia. Tapi apa boleh buat? Dia dah berpunya kan sekarang."
     "okay, okay, chillex bro. Kejap lagi kita enjoy. Dah, mana pulak budak-budak ni. Lambat gila ber'solek'?" Tanya Razif sekadar untuk menukar topik.
     "Itu haa diorang dah sampai." Sambil jari telunjuk Neo menunjuk kepada dua orang rakannya; Tuah dan Faiz.
     "Okay dah lincah masuk semua. Kang lambat pulak." Arah Neo menyuruh rakan-rakannya masuk ke dalam kereta Mini Cooper Classic miliknya.
     "Okay boss!" Jawab Razif, Tuah dan Faiz serentak.
     Enjin kereta dihidupkan, dan mereka bergerak ke destinasi yang ingin di tuju.

Friday, December 2, 2011

episod 0.8

Di rumah Razif, Neo dan Razif duduk menunggu kedatangan Tuah dan Faiz. Sambil menunggu, Razif membuka topik untuk dibualkan.
     "Ehh Neo, kau tahu tak Fatin ada datang sini tiga hari lepas? Dia stay dekat rumah mak cik dia." Tanya Razif kepada Neo.
     Neo hanya mendiamkan diri. Fatin, nama yang sukar untuk dia lupakan. Seorang gadis yang kecil molek dan manja. Fatin pernah menjadi kekasih Neo suatu ketika dahulu. Neo begitu mencintai dia. Tapi, hubungan mereka tidak kekal lama seperti yang disangkakan. Fatin memutuskan hubungan mereka secara mengejut dengan alasan yang remeh.
     "Sorry bro. Aku tahu aku tak patut sebut nama dia." Razif faham akan perasaan sahabatnya itu. Terlalu faham. Betapa sedihnya Neo ketika Fatin membuat keputusan secara melulu.
     "Ehh, aku okay lah. Lagipun kalau kau tak sebut pon aku dah tahu dia datang sini, and still dekat rumah mak cik dia."
     "Macam mana kau tahu? Kau ada jumpa dia ke? Bila?" Tanya Razif kehairanan.

Tuesday, November 29, 2011

episod 0.7

Selesai makan, Neo terus mencapai kunci keretanya untuk ke rumah Razif. Ketika dia baru membuka pintu rumahnya, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila melihat sebungkus kotak hadiah yang dibalut dengan kemas dan diselitkan dengan kad ucapan. Neo membelek-belek kotak itu.
     "Hadiah apa ni? Ke bom? Siapa yang letak dekat sini?" Tanya Neo dalam hati.
     Lantas, Neo membuka dan membaca kad ucapan yang diselitkan disisi kotak hadiah itu. Ketika dia membaca kad itu, tiba-tiba, dia menjadi kaget. Pandangan matanya terus fokus pada nama yang tertulis di kad itu.

Monday, November 28, 2011

episod 0.6

     "Hello bro, kau ada apa-apa function tak arini?" Tanya Neo kebosanan.
     "Apsal? Kau bosan? Jom lah gerak bandar arini nak?"
     "Haa okay! Dalam pukul 1 nanti aku pergi rumah kau. Ni aku nak cari makanan kejap."
     "Okay set! Nanti aku bagitahu Tuah dengan Faiz. Chaow!" Razif meletakkan noktah pada perbualan mereka.
     "Okay chaow!" Neo terus meletakkan ganggang telefon.